Happy Merdeka idiots
Thursday, August 30th, 2007Tanggal seluar satu
Kahwin empat beranak tujuh
Neraka! Neraka! Semua masuk neraka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal seluar satu
Kerja sikit MC satu minggu
Baik jangan kerja, jadi mat rempit saja
Sambut dengan jiwa di neraka
Mari kita seluruh warganeraka
Ramai-ramai rempit di neraka, NERAKA!!
Gatal sini sana, main dekat tangga
Hari mulia semua masuk Neraka
(2x)
Neraka, Neraka, Neraka….!
NERAKA!!
Ini adalah satu contoh bagus pos blog yang bersifat negatif dan haruslah dielakkan sama sekali.
Pos yang sebegini akan didakwa bertujuan membangkitkan ketegangan di antara kaum-kaum tertentu. Di dalam contoh ini, lirik yang direkacipta di atas merupakan manipulasi gubahan lirik lagu Tanggal 31 Ogos, sebuah lagu nasional dan patriotik yang dipopularkan oleh Alayarham Sudirman.
Kebelakangan ini, ramai pengguna internet telah dipengaruhi tingkah-laku Namawee yang dilihat sebagai biadab oleh para pemimpin rakyat yang berkaum Melayu. Pihak kerajaan akan turut mengambil tindakan keras ke atas sesiapa lagi yang ingin menjadi popular melalui kaedah-kaedah berkontraversi seperti yang dialami oleh Namawee.
Walaubagaimana kreatif pun gubahan yang ingin disampaikan kepada semua pengguna internet, para blogger haruslah bersifat bertimbang-rasa di kalangan rakyat ini yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum.
Pilihan kata tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan perasaan marah di antara individu atau kaum tertentu.
Semua sentimen ketidak-puasan mengenai ketidak-adilan atau ketidak-seimbangan taraf, hak serta manfaat di antara kaum-kaum haruslah diabaikan demi kemakmuran rakyat bersatu, demi Malaysia.
Anda harus ingati bahawa:
Walaupun frasa "Malaysia Boleh!" selalu digunakan sebagai sokongan moral, ia tidak sama sekali bermaksud anda benar-benar boleh bertindak sesuka hati!
Walaupun anda rakyat Malaysia yang meraikan Hari Merdeka, iaitu hari
kebebasan Malaysia, ia tidak sama sekali bermaksud anda mempunyai hak bersuara secara bebas!
Catch BBC HARDTALK with Dato Seri Syed Hamid Albar. Watch the video HERE.






















